Tuesday, January 5, 2010

Pendaftaran Kelas Mantap Mengaji Kaedah Al-Matien Dibuka Sekarang

Bersempena dengan pembukaan sekolah dan tahun baru hijrah dan juga masihi, pihak kami mengambil kesempatan untuk mempelawa kepada mana-mana ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke kelas mengaji.

Kelas mengaji yang pihak kami tawarkan ini adalah lain daripada yang lain kerana ianya menggunakan silibus dan juga Kitab Mantap Mengaji Al-Matien. Kitab ini adalah yang sama seperti kitab digunakan di dalam Rancangan Mari Mengaji di TV9. Al-Matien adalah kitab yang dikeluarkan oleh Telaga Biru dan ditulis bersama oleh Ustaz Zamri sendiri dan Ustaz Wahid.

Maka, kelas untuk mengaji ini dibuka pendaftarannya sekarang dan maklumat lanjut adalah seperti di bawah:-

Tempat : Blok F, 43-2, Platinum Walk Danau Kota, Setapak KL
Kelas : 4 kali sebulan
Hari : Setiap Sabtu (Bermula 9 Januari 2010 ini)/ Jumaat mlm jika ada permintaan
Waktu : 9 - 11 pagi
Pengendali Kelas Mengaji: Ustazah Siti Hajar Binti Mohd Sanusi
Yuran Pendaftaran : RM20 setahun
Yuran Bulanan : RM50 seorang
Kitab Mantap Al-Matien : RM17.00 sebuah
*Rehal sila bawa sendiri

Untuk pendaftaran bolehlah menghubungi 019-3363676 (Saharizam) / 012-6408372 (Siti Hajar) / 019-2983916 (Ahmad) sekarang.